Saturday, February 19, 2011

Tahnik





Tahnik bermaksud mengunyah buah kurma atau buah yang seumpamanya(lazimnya kurma) dan kunyahan itu dimasukkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir dengan menggunakan jari dan mengerakkan ke kanan dan ke kiri lelangit bayi tersebut.Amalan ini merupakan satu sunnah Rasulullah sebagaimana dijelaskan dalam beberapa hadith.Kelebihan tahnik ialah sesungguhnya setiap amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah mempunyai maksud yang amat tinggi nilainya.Perkembangan bidang neonatologi(bidang mengenai bayi yang baru lahir) telah membuktikan dengan meletakkan sedikit manisan ke dalam mulut bayi akan memberi manfaat yang sangat besar kepada mereka.


Apabila seseorang bayi dilahirkan,segala keperluan pemakanan yang dibekalkan oleh ibunya melalui tali pusat akan terputus dan dalam masa yang sama,dia memerlukan nutrisi yang berterusan sebagai sumber tenaga untuk mengelakkan masalah.Sesetengah ibu terutama yang melahirkan anak sulung,mereka mengalami masalah kekurangan susu dan kadang-kadang susu hanya dapat dikeluarkan sehingga hari ketiga sahaja.Maka amalan mentahnik bayi sebaik sahaja selepas dilahirkan merupakan satu amalan yang memberi manfaat yang sangat besar kepada mereka.Kurma yang berupa manisan yang disuapkan ke dalam mulut bayi mampu memberikan tenaga yang optimum untuk mengelakkan bayi mengalami masalah hipoglisemia sekiranya susu ibu lewat dihasilkan.


Amalan tahnik merupakan satu cara pencegahan kepada hipoglisemia dan mengubati kesakitan bayi yang sangat penting yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita.Tiada seorangpun yang mengetahui hal ini sehinggalah pada hari ini manusia baru menemui bahaya kurangnya gula pada bayi.

0 comments:

Post a Comment