Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka,ceria dan terpesona.Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama.Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga.Pasti sesuatu yang tidak kena sekiranya terdapat bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.Ramai yang tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang di udara.Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya.Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya.
Rama-rama ibarat wanita.Wanita indah untuk disentuh,tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali terdapat tangan-tangan kotor yang menyentuhnya.Harga diri an maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.Begitulah wanita.Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya.Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita.Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita,bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh,dipegang oleh semua yang tertarik padanya.Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga kecantikan dan keindahan dirinya menuut ketentuan dan panduan yang Allah telah ajarkan di dalam Al-Quran yang telah disampaikan oleh Rasulnya.Hnya dengan mentaati perintah Allah,kemuliaan,harga diri,kecantikan dan keindahan seorang wanita akan terpelihara.Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk ke syurga.Antaranya adalah menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa.Apabila telah bertemu jodoh,maka taatilah perintah suami,nescaya Allah memberi keistimewaan masuk ke Syurga mengikut dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.
0 comments:
Post a Comment