Wednesday, February 2, 2011
Asal-usul Hari Kekasih
Seperti yang kita tahu,14 Februari adalah dikatakan sebagai hari kekasih.Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini.Saban tahun ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut.Bagi mereka ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka.Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun,asalkan hasrat hati mereka tercapai.
Terdapat pelbagai cerita mengenai asal usul hari kekasih.Ada yang mengatakan sebelum abad ke 17 Masihi,masyarakat Rom meraikan hari valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.Manakala dalam cerita yang lain pula mengatakan bahawa hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St Valantine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.
Allah telah berpesan kepada hambanya,amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya.Ini mungkin disebabkan oleh ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu.Tetapi yang pasti sambutan hari kekasih sudah menjadi trend pada masa sekarang.Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran agama Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah,tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment