Thursday, December 23, 2010
Doa seorang hamba memohon keredhaan Allah
Ya Allah Ya Tuhanku,
Tidak kira apa yang berlaku padaku,
Miskin atau kaya,sakit atau sihat,
Yang penting adalah redha-Mu.
Redha-Mu padaku amat mahal sekali,
Sebab itulah aku meminta selalu,
Jika redha-Mu kau beri padaku,
Sekalipun seluruh dunia menghinaku,
Aku tidak peduli.
Walau aku miskin ku rasa bahagia,
Apalah ertinya aku kaya,
Engkaukan murka,
Apalah ertinya ada nama,
Jika engkau murka.
Jika engkau murka segalanya tiada erti lagi,
Sungguh mahal redhamu,
Tuhanku Tuhanku.
Berilah keredhaan-Mu,
Berilah padaku selalu,
Kerana itulah aku beramal,
Bukan kerana pahala,
Bukan kerana fadhilat,
Bukan kerana syurga.
Tetapi ku inginkan redha-Mu,
Untuk keselamatan diriku,
Redha-Mu padaku yang ku pinta selalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment