Thursday, December 23, 2010

Kunci untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat


Di sini saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan semua sepuluh tips untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat.


1)Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.


2)Kunci kemenangan adalah sabar.


3)Mempunyai sifat syukur di dalam diri.


4)Bertaqwa.


5)Sentiasa berdoa kepada Allah.


6)Menjauhi maksiat.


7)Kunci solat adalah taharah.


8)Kunci ibadah haji adalah ihram.


9)Kunci kebaikan adalah berpegang teguh kepada yang benar.


10)Kunci syurga adalah tauhid.

Doa seorang hamba memohon keredhaan Allah



Ya Allah Ya Tuhanku,
Tidak kira apa yang berlaku padaku,
Miskin atau kaya,sakit atau sihat,
Yang penting adalah redha-Mu.


Redha-Mu padaku amat mahal sekali,
Sebab itulah aku meminta selalu,
Jika redha-Mu kau beri padaku,
Sekalipun seluruh dunia menghinaku,
Aku tidak peduli.


Walau aku miskin ku rasa bahagia,
Apalah ertinya aku kaya,
Engkaukan murka,
Apalah ertinya ada nama,
Jika engkau murka.


Jika engkau murka segalanya tiada erti lagi,
Sungguh mahal redhamu,
Tuhanku Tuhanku.


Berilah keredhaan-Mu,
Berilah padaku selalu,
Kerana itulah aku beramal,
Bukan kerana pahala,
Bukan kerana fadhilat,
Bukan kerana syurga.


Tetapi ku inginkan redha-Mu,
Untuk keselamatan diriku,
Redha-Mu  padaku yang ku pinta selalu.

Kelebihan membaca ayat kursi



Dari Anas bin Malik r.a berkata"Rasulullah S.A.W bersabda ,apabila daripada seorang umatku membaca ayat kursi 12 kali,kemudian ia berwudu' dan mengerjakan solat subuh,nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama seperti orang yang membaca seluruh Al-Quran sebanyak tiga kali dan pada hari kiamat ia akn diberi mahkota dari cahaya yang menyinari seluruh penghuni dunia.
Berkata Anas bin Malik,"Ya Rasulullah,apakah hendak di baca setiap hari?


Jawab Rasulullah S.A.W,tidak,cukuplah hanya membaca pada setiap hari jumaat.Umat-umat dahulu hanya sebahagian sahaja yang mempercayai Rasulullah melainkan mereka dapat melihat mukjizat secara langsung.Sebagai umat islam,kita tidak seharusnya meragui apa yang telah diterangkan di dalam Al-Quran dan As-sunnah.Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mahukan bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman kepada Allah.


Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.Kelebihan membaca ayat kursi ini adalah untuk mengelakkan kita daripada gangguan syaitan dan di samping itu untuk menambahkan lagi amalan kebaikan di dalam diri kita.Oleh itu,kita sebagai umat islam janganlah kita semua meragui kesasihan ayat-ayat di dalam Al-Quran.